Ramai yang bertanya pada AJ, selepas mula bekerja, nak beli Kereta atau Rumah dulu ?
Biasanya, orang akan cakap beli Rumah dulu, kerana Rumah adalah Aset, Value akan naik tetapi Value Kereta akan rugi setiap tahun.
Pada pandangan AJ, walaupun Value Kereta akan turun setiap tahun, tetapi untuk sesetengah bidang atau pekerjaan, Kereta akan membantu untuk menjana lebih banyak pendapatan. Contohnya, jika hari ini, AJ nak beli Kereta dengan salesman, dan salesman itu pakai Kereta buruk, AJ akan kurang yakin dan khuatir, sekiranya salesman itu tidak bekerja lama dalam syarikat tersebut akan menyukarkan AJmeminta bantuan kecemasan “After Sales”.
AJ juga mempunyai Data, banyak orang yang telah membeli Rumah untuk tujuan pelaburan tetapi sukar mendapatkan penyewa. Nilai harga pasaran Hartanah juga tidak naik, pemilik Rumah terpaksa membayar ansuran bulanan berserta interest sehingga bertahun-tahun dan akhirnya Rumah dilelong oleh Bank kerana tidak mampu membayar komitmen.
Pada pandangan AJ, beli Rumah atau beli Kereta dulu juga membolehkan kita menjana pendapatan sekiranya kita mampu merancang dengan betul. Tetapi ada beberapa faktor, yang kita perlu lihat seperti anda adalah bekerja sendiri atau pekerja syarikat.
Anda nak dapatkan khidmat nasihat PERCUMA ? Jangan malu dan segan, anda boleh call atau WhatsApp AJ.
Insha’Allah AJ sedia membantu.